Sunday 15 May 2016

KAUNSELING & PSIKOLOGI PKMD BATU PAHAT




Apa itu kaunseling ?

Kaunseling adalah suatu proses menolong individu yang mempunyai tekanan jiwa atau masalah sosial. Ia yang melibatkan hubungan yang unik, dan rahsia di antara dua pihak, di mana satu pihak berpengalaman dan terlatih yang digelar sebagai kaunselor, manakala pihak kedua pula yang memerluan bantuan, iaitu klien.
Kaunselor akan membantu klien untuk membuat penyesuaian dan keputusan yang berkesan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunselor juga bertindak sebagai fasilitator dalam menolong klien untuk memahami diri mereka dan dunia di sekeliling dengan lebih baik. Ini termasuk menolong mereka memahami perasaan, tingkahlaku, perhubungan dengan rakan-rakan, situasi tertentu, pilihan dan keputusan mereka.
Penyelesaian atau keputusan penting dan relevan di dalam perbincangan antara kedua pihak seharusnya dapat membantu individu tersebut untuk membangunkan diri mereka, matang dalam membuat pilihan hidup dan akan lebih bertanggungjawab dalam setiap tindakan yang melibatkan hubungan dengan masyarakat, keluarga, pelajaran, pekerjaan serta diri sendiri.

 Apakah servis-servis yang diberikan ?

Kaunseling Bersemuka : Sesi kaunseling akan dijalankan dalam bentuk pertemuan secara langsung antara kaunselor dan klien. Klien boleh datang sendiri di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat, Bahagian Kaunseling dan Psikologi kami untuk mendapatkan khidmat nasihat dari kaunselor-kaunselor yang bertugas.

Tele-Kaunseling Servis kaunseling ini adalah melibatkan kaunselor-kaunselor bertugas dan juga klien menerusi talian telefon untuk mendapatkan khidmat nasihat iaitu:
    1. Talian Terus : 07-4341377 (Mohon disambung kepada bahagian kaunseling)
E-Kaunseling Servis kaunseling ini merupakan servis kaunseling secara online sama ada dari laman blog ini mahupun melalui email iatu kaunselingpkmdbp@yahoo.com

Siapa yang akan tahu ?
Sebagai kaunselor, kerahsiaan (confidentiality) adalah salah satu etika kaunseling yang mesti dipatuhi. Ini bermakna, segala maklumat sulit dan peribadi atau segala yang diperolehi sepanjang sesi kaunseling berlangsung, adalah kekal sebagai rahsia antara kaunselor dan klien.
Pihak kami akan cuba memberi perkhidmatan yang terbaik dan segala pertanyaan serta perbincangan antara kaunselor bertugas dan anda akan kekal rahsia dan sulit. Tiada maklumat yang akan diberi kepada pihak lain kecuali atas kebenaran anda. Namun begitu, ianya mergantung juga kepada etika kaunselor jika ianya melibatkan prosuder yang berkaitan dengan penstrukturan awal yang akan sentiasa dimaklumkan kepada klien.



Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat, Johor.


Peta Lokasi

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat
Government
                        
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Batu 
No.52A 52B 54A & 54B, 
Jalan Penjaja 3, 84300, Batu Pahat, 
Johor Darul Takzim.

Tel : 07-434 1377
Fax : 07-432 7892